Friday, October 24, 2008

Al Fatihah

Sesiapa yang mengenali Ahmad Saiful bekas pendebat Uniten, hadiahkan lah Allahyarham dengan Al Fatihah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ini dalam lingkungan waktu sembahyang jumaat di rumah beliau. Sebelum itu, Allahyarham telah dimasukkan di Subang Jaya Medical Centre atas komplikasi paru2.

Saya mengenali Allahyarham beberapa thn lps ketika berada dalam Kelab Bahas Uniten dan perjumpaan terakhir dgn Allahyarham ketika di COIT, sempat juga mengusik2 beliau dan tunang beliau serta bertanya khabar. Tak sangka, Tuhan lebih menyanyanginya.

Alhamdullilah tadi sempat menziarahi jenazah beliau di Meru, Klang bersama pelajar2 Uniten yang lain. Namun ralat juga rasanya, tak sempat melawat beliau di hospital. Semoga rohnya dan ibunya juga (meninggal beberapa bulan lps) dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

Juga buat tunang beliau, Ziana yang juga merupakan kenalan saya...Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian Allah.

1 comments:

~MaNjAmAS~ said...

kesian ziana kan..
sedihnye..
mas sepatutnyer jumpe kak ina..tp kak ina x dpt dtg bangi pulak..
ape pun, mas sentiasa mendoakan arwah sepul..he was a good friend..